Ronnie Liu kembali ke lokap selepas dirawat

Ronnie Liu kembali ke lokap selepas dirawat

Bekas exco itu dirawat di hospital selepas pengsan akibat tekanan darah tinggi

Lim-Lip-Eng-ronnie-liu
PETALING JAYA: Bekas exco Selangor Ronnie Liu yang pengsan dalam lokap polis di Jinjang malam semalam sudah kembali ke lokap seusai dirawat di hospital.

Ronnie, yang mengalami tekanan darah tinggi, pengsan selepas ditahan tanpa ubat.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata Ronnie terima rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan kesihatannya semakin baik, lapor Star Online.

Ronnie ditangkap pihak berkuasa pada Jumaat untuk disiasat di bawah Kanun Keseksaan atas tuduhan merusuh.

Seramai 17 orang, termasuk pemimpin pembangkang dan aktivis ditangkap atas kesalahan yang berkaitan dengan tunjuk perasaan semalam. Antara yang ditahan ketua Gerakan Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas). Undang-undang itu membolehkan polis menahan beliau selama 28 hari.

RELATED:

Ronnie Liu pengsan dalam lokap akibat tekanan darah tinggi

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.