
Katanya, meskipun tugas rondaan yang dijalankan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dilihat tidak signifikan ketika ini, namun perlu dipertimbangkan jika wujud keperluan rondaan di masa hadapan.
“Di Sabah sahaja, sebanyak 982 KRT ditubuhkan dan di daerah ini mempunyai 48 KRT, 21 SRS dan 14 Tabika Perpaduan,” katanya ketika berucap pada majlis Program Demi Negara Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Tawau di sini hari ini.
Program itu dirasmikan Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
Dalam pada itu, Kurup berkata, kejayaan penubuhan KRT dan SRS itu bukti kerajaan prihatin menjaga kepentingan komuniti dan keselamatan rakyat daripada sebarang ancaman dan pencerobohan.
Menurutnya, penubuhan itu sebagai usaha menyatupadukan serta meneguhkan benteng keselamatan dalam mewujudkan suasana selamat dan harmoni.
Sementara itu, anggota Parlimen Pensiangan itu mengingatkan KRT supaya menganjurkan pelbagai program proaktif yang dapat memberi kesan kepada pembangunan masyarakat tetapi tidak melakukan pembaziran.
“Perpaduan dan keharmonian negara penting dan perlu dijaga serta dipelihara dengan sebaiknya dan jika kita gagal mengekalkan perpaduan ataupun tidak menguruskannya dengan baik maka ia boleh membawa kepada perpecahan, permusuhan dan sikap prejudis dalam masyarakat,” katanya.