Dr Mahathir kembali dari luar negara, sertai himpunan

Dr Mahathir kembali dari luar negara, sertai himpunan

Jurucakap Muhyiddin memaklumkan bekas perdana menteri itu dijangka tiba di Masjid Negara pada jam 2 petang.

mahathir_bersih_kl
PETALING JAYA:
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kembali dari lawatan ke Sudan dan bersedia menyertai perhimpunan Bersih 5.

Dijangkakan turut bersama beliau adalah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Setiausaha akhbar Muhyiddin memberitahu FMT, Dr Mahathir yang juga pengerusi parti, dijangka tiba di Masjid Negara pada jam 2 petang.

Bagaimanapun, difahami Dr Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz mungkin menuju ke satu lagi lokasi perhimpunan sebagaimana peserta terdahulu yang berkumpul di Masjid Negara yang kini berpindah.

Sekeping gambar Dr Mahathir berbaju Bersih 5 juga tersebar di media sosial. Penyokong Dr Mahathir, Firdaus Abdullah mengepos gambar menunjukkan Dr Mahathir turun dari pesawat.

Bekas perdana menteri itu berada di Sudan bagi satu persidangan. Penyokong setianya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dilaporkan berkata semalam Dr Mahathir mungkin hadir pada perhimpunan itu selepas memberitahu awal minggu ini tidak dapat hadir kerana komitmennya itu.

‘Sudan tak jauh, ada peluang Dr Mahathir hadir esok’

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.