Pendidikan alam sekitar jadi subjek elektif

Pendidikan alam sekitar jadi subjek elektif

Halimah berkata, subjek itu diharap diperkenalkan tahun depan sebagai usaha memupuk generasi muda mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar.

Halimah-Mohamed_alam-semulajadi
KUALA LUMPUR:
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang merangka silibus mata pelajaran pendidikan alam sekitar bersama Kementerian Pendidikan sebagai subjek elektif di sekolah.

Timbalan menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, subjek itu diharap diperkenalkan tahun depan sebagai usaha memupuk generasi muda mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar.

Beliau berkata demikian hari ini selepas merasmikan program Habitat Moment 2016 bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar terhadap isu semasa, persekitaran manusia dan perancangan alam sekitar.

Dalam perkembangan lain, Halimah menyifatkan perhimpunan Bersih 5 yang akan diadakan esok hanya memberikan imej buruk kepada negara, selain mengganggu aktiviti harian penghuni kota.

“Kerajaan sedia ada ini bersedia untuk mendengar…bersedia untuk melihat keperluan suara itu, tetapi gunalah platform betul,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengklasifikasikan perhimpunan Bersih 5 dan gerakan Baju Merah dirancang di ibu kota esok sebagai demonstrasi haram.

Beliau berkata, kedua-dua perhimpunan itu gagal mematuhi peruntukan undang-undang, khususnya Akta Perhimpunan Aman 2012.

Menurut Khalid, persiapan rapi dilakukan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini jika perhimpunan diteruskan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.