Pemandu teksi perlu pandai cari peluang, kata persatuan pengguna

Pemandu teksi perlu pandai cari peluang, kata persatuan pengguna

Presiden 4PAM menggesa sektor sektor pengangkutan awam dan pemandu teksi menjadi lebih kreatif dalam mencari peluang baru.

ajit-taxi
PETALING JAYA:
Persatuan Pengguna Pengangkutan Awam (4PAM) menggesa industri teksi bergerak dengan masa dan menegaskan ia menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan pengangkutan awam mampu milik.

Berikutan kebimbangan tambang rendah baru MRT yang diumumkan Prasarana awal minggu ini akan menghancurkan industri teksi, kata Presiden 4PAM Ajit Jhol.

Menurut beliau, pemandu teksi perlu menyesuaikan diri dengan landskap pengangkutan awam baru di negara ini.

“Tiada gunanya membantah. Pemandu teksi mesti menyedari sektor pengangkutan awam berpindah kepada persekitaran baru dan hanya yang kuat akan terus hidup,” katanya.

Semalam, pengasas Big Blue Taxi Services Shamsubahrin Ismail mendakwa tindakan kerajaan memusnahkan industri teksi.

Komen Shamsubahrin itu susulan pengumuman Prasarana berkenaan tambang pengenalan MRT serendah RM1.

Beliau berkata, pemandu teksi sudah terjejas teruk dengan persaingan perkhidmatan perkongsian perjalanan, Uber dan Grab.

“Oleh kerana perkhidmatan perkongsian perjalanan, industri teksi hampir runtuh. Sekarang kerajaan memperkenalkan tambang MRT yang rendah. Di manakah industri dan pemandu teksi sekarang berada?” Shamsubahrin kepada FMT.

Ajit berkata, industri pengangkutan awam berada di bawah bidang kuasa kerajaan.

“Memang menjadi tanggungjawab kerajaan menyediakan pengangkutan awam, seperti MRT. Kerajaan juga perlu memastikan orang-orang di bandar mempunyai akses kepada pengangkutan awam dengan harga berpatutan,” katanya.

Ajit berkata setiap pengendali pengangkutan awam mempunyai pasaran sendiri dan terpulang kepada mereka untuk mencari pasaran ia sesuai dan meletakkan harga sewajarnya.

“Mereka perlu melihat peluang penyediaan terhadap bidang pasaran yang mahukan perkhidmatan lebih eksklusif.

“Sebagai contoh, orang kurang upaya. Mereka memerlukan kenderaan yang mempunyai akses kerusi roda. Itulah peluang pasaran. Ia menjadi peluang baru dan pemandu teksi perlu mula berfikir secara kreatif. ”

Ajit juga menegaskan orang ramai juga lebih sensitif terhadap harga hari ini.

“Apabila harga teksi naik pada April tahun lepas, kami memberitahu pihak berkuasa akan berlaku tindak balas kerana orang ramai sangat sensitif terhadap harga.

“Orang ramai kini lebih berpengetahuan dan jika ada alternatif, rakyat mempunyai hak membuat pilihan itu.”

Ajit berkata pasaran sedang berubah, jadi pengusaha teksi perlu menyesuaikan diri, menjadi lebih fleksibel dan cuba memahami persekitaran pasaran yang baru.

“Pengusaha teksi perlu menyesuaikan diri, menyusun semula strategi dan mencari sebarang peluang pasaran baru dalam industri pengangkutan awam.”

Persatuan jangka 30% pemandu teksi tinggalkan industri

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.