
“Jangan cemuh polis.”
Beliau mengulas ancaman Jamal kepada Bersih 2.0 semalam, yang berkata dia mungkin tidak dapat mengawal aktivis Baju Merah yang akan berhimpun pada hari dan waktu yang sama dengan Bersih 5 Sabtu ini.
“Kita ada Akta Perhimpunan Awam. Kalau dia terus dengan kelakukannya, polis mungkin akan ambil tindakan,” kata Nur Jazlan kepada pemberita di ruang legar Parlimen hari ini.
Beliau bagaimanapun yakin Jamal dan kumpulannya, seperti biasa, tidak akan melakukan ancaman mereka.
“Jamal sudah buktikan banyak kali, semua ancamannya tidak berlaku.
“Kita tengok kalau penyokongnya melampaui batas, dan sesuatu yang tidak diingini berlaku, polis sudah bersedia untuk bertindak.”
Nur Jazlan percaya tunjuk perasaan Baju Merah dan Bersih 5 tidak akan mampu menarik perhatian ramai tanpa liputan meluas.
Pandangan itu berdasarkan kepada kehadiran kecil dalam jelajah negara kedua pihak sejak sebulan lalu.
“Perhatian yang diberikan media ke atas isu ini mungkin mengalakkan orang ramai untuk sertai mereka.”
Oleh kerana itu, pihak berkuasa yang bertanggungjawab memelihara keamanan dan keselamatan peserta dan orang ramai menjadi mangsa.
“Bersih kata ‘mari berkelah, bawa keluarga sekali’ tetapi bila keadaan bertukar buruk, mereka salahkan kerajaan dan polis.
“Jadi polis sebenarnya mangsa Bersih dan Baju Merah yang mementingkan diri sendiri.”
Ketika ditanya sama ada Unit Simpana Persekutuan akan diturunkan pada hari itu, Nur Jazlan menjawab:
“Saya tidak mahu campurtangan urusan polis, tetapi jumlah anggota yang berseragam pada hari itu tidak akan terlalu ramai.”
Sebelum ini Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata penunjuk perasaan boleh menjangkakan respon yang setimpal daripada pihak berkuasa.
Ini termasuk penggunaan gas pemedih mata dan kaedah suraian rusuhan yang lain.