
Beliau berkata ini kerana pengguna khasnya pelancong dari Singapura masih dapat menikmati pelbagai tarikan pelancongan dan makanan di Johor dengan kadar yang rendah serta kualiti memuaskan.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Normala Abdul Abdul Samad (BN-Pasir Gudang) yang ingin tahu mengenai impak pelaksanaan RC.
Terdahulu ketika menjawab soalan asal Khoo Soo Seang (BN-Tebrau) mengenai jumlah kutipan RC, Aziz berkata kerajaan dijangka akan mengutip hasil sebanyak RM144 juta setahun berdasarkan unjuran 20,000 kenderaan persendirian pendaftaran asing yang memasuki Malaysia dalam sehari.
Selain sistem kutipan RC, beliau berkata Sistem Rekod Kemasukan Kenderaan Pendaftaran Asing (VEP) juga akan dilaksanakan mulai awal tahun depan dan menambah antara kesan positif pelaksanaan RC dan VEP ialah dapat memantau keluar masuk kenderaan asing di negara ini.