
Dalam kes itu, Lina tidak boleh keluar agama selepas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bertegas beliau perlu kemukakan sijil daripada mahkamah syariah.
Perkembangan itu menyusuli keputusan mahkamah ke atas 3 warga Sarawak yang berdepan situasi yang sama dengan Lina. Mereka memfailkan rayuah untuk terbalikkan dapatan Mahkamah Rayuan pada Ogos yang memutuskan mereka supaya mencari penyelesaian di mahkamah syariah.
Peguam mereka, Joshua Parir Baru berkata, permohonan mendapat kebenaran sudah difailkan di Mahkamah Persekutuan.
“Kami telah mengemukakan 2 soalan kepada Mahkamah Persekutuan utk mendapat kebenaran bagi merayu,” katanya.
Joshua berkata anak guam perlu merujuk kes Lina kerana mahkamah merujuk kepada keputusan kes bagi menghalang mahkamah sivil membuat keputusan berhubung isu tukar agama di peringkat negeri.
Menurutnya, kita perlu membezakan keadaan di Sarawak dengan prinsip undang-undang yang ditetapkan dalam kes Lina.
Lina, seorang Melayu beragama Islam mahu memeluk agama Islam kerana mahu mengahwini teman lelakinya, tetapi JPN bertegas beliau perlu kemukakan sijil daripada mahkamah syariah, yang tidak dimilikinya.
Peguamnya berhujah JPN hanya memerlukan sijil baptisme daripada gereja untuk memudahkan penukaran nama dan agama.
Dalam satu keputusan majoriti, Mahkamah Persekutuan pada 2007 menolak rayuannya dan memutuskan mana-mana orang yang mahu menukar agama perlu mengikut undang-undang sedia ada atau amalan agama itu.
Pada 17 Ogos, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Jenny Peter @ Nur Muzdhalifah Abdullah, Tiong Choo Ting @ Mohd Syafiq Abdullah dan Salina Jau Abdullah.
Mereka menamakan pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak, Majlis Islam Sarawak dan JPN sebagai responden.
Mereka bertiga mahu pihak jabatan dan majlis mengeluarkan surat supaya mereka boleh meninggalkan Islam, dan mahu JPN menukar nama Islam mereka pada dokumen rasmi masing-masing kepada nama asal.
Hakim Tengku Maimun Tuan Mat, dalam penghakimannya berkata walaupun Mahkamah Rayuan faham masalah yang dihadapi mereka bertiga, ia tidak ada pilihan melainkan mengikut prinsip undang-undang yang ditetapkan Mahkamah Persekutuan dalam kes Lina.
Katanya status keislaman seseorang itu adalah bidang kuasa eksklusif mahkamah syariah, mengikut keputusan sebelum ini.
Jelasnya kebebasan beragama yang disebutkan dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dan kuasa tambahan Mahkamah Tinggi yang disebut dalam Jadual 1 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 perlu dibaca dalam konteks Perkara 121(1A).
Peruntukan itu menyatakan mahkamah sivil tidak boleh mencampuri urusan berkaitan agama Islam yang merupakan bidang kuasa mahkamah syariah.
Sebagai alternatif, Tengku Maimon berkata mereka boleh mencari penyelesaian melalui dewan undangan negeri Sarawak, tanpa mengulas lanjut.
Joshua berkat Ordinan Mahkamah Syariah Sarawak 2001 tidak menyebut mengenai bidang kuasa ke atas murtad, maka mahkamah syariah tidak tidak boleh mengeluarkan sijil keluar agama.
Untuk kes sedemikian, katanya Mahkamah Tinggi perlu melaksanakan bidang kuasanya untuk membenarkan permohonan ketiga orang itu.
Mereka bertiga pada awalnya bukan beragama Islam dan menukar agama kerana berkahwin dan mahu murtad selepas bercerai atau kematian pasangan.