Kerajaan perlu lebih serius haram minuman soda di sekolah, hospital

Kerajaan perlu lebih serius haram minuman soda di sekolah, hospital

Berhadapan kadar obesiti yang tinggi, penyokong kesihatan yang baik mendesak Malaysia mencontohi USCF mengharamkan minuman bergula di sekolah, hospital dan kampus.

mesin
PETALING JAYA:
Langkah mengharamkan minuman bergula di dalam kawasan kampus di Universiti California, San Francisco (UCSF), mendorong penyokong amalan kesihatan yang baik meminta kerajaan melakukan perkara yang sama.

Tahun lepas, dalam usaha memecahkan ketagihan gula di kampus, UCSF mengeluarkan semua minuman manis bergula daripada setiap kedai, trak makanan dan mesin layan diri di perkarangan.

Ia juga meminta rangkaian makanan segera di kampus menghentikan penjualan minuman jenis ini.

Pegawai Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Uma Ramaswamy dan pakar kesihatan Dr H Krishna Kumar berpendapat, inilah masa bagi kerajaan mencontohi inisiatif itu, terutamanya memandangkan kadar obesiti dan bilangan penghidap diabetes yang tinggi.

“Kami meminta larangan soda daripada Kementerian Kesihatan dan Pendidikan sejak bertahun lamanya, dan walaupun mengatakan mereka menggalakkan dan menyokong kami, tiada langkah sebenar ke arah ini,” kata Uma.

Beliau berkata pengharaman minuman soda perlu diperluaskan kepada sekolah rendah dan hospital.

Pengerusi Royal College of Obstetricians dan Jawatankuasa Perwakilan Gynaecologists, Krishna Kumar bersetuju tabiat gula yang diperlukan dihentikan pada usia awal.

“Obesiti semakin meningkat pada kadar luar biasa dan kita sudah mempunyai kanak-kanak obesiti,” kata beliau yang juga merupakan bekas presiden Persatuan Perubatan Malaysia,

Beliau berkata perkara itu berlaku kerana rakyat Malaysia beralih daripada makan makanan tradisional, yang mengandungi banyak khasiat dan serat kerapa makanan segera yang tinggi karbohidrat dan gula.

“Di samping makan buah-buahan, kita minum jus buah-buahan bergula. Jamie Oliver mengeluarkan satu program yang mengajar orang beralih daripada makanan ringan dan yang diproses, dan mula memasak cara tradisional. ”

Beliau merujuk kepada chef selebriti dan aktivis makanan James Trevor Oliver yang kini menjadi memperjuangkan ke arah pemakanan sihat, terutama di kalangan kanak-kanak.

Awal tahun ini, Al Jazeera memetik Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam sebagai berkata, hampir 18% rakyat di sini atau lebih 5 juta orang, boleh dikelaskan sebagai obes manakala lebih 30% mempunyai berat badan berlebihan.

Pada 2014, The Star melaporkan kadar obesiti di Malaysia adalah yang tertinggi di Asia. Ia memetik jurnal perubatan Britain, The Lancet yang menyatakan 49% wanita dan 44% lelaki di negara ini obes.

PAUTAN: 

Wanita Malaysia habiskan lebih masa di meja kerja berbanding lelaki

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.