Exco Selangor beri jaminan tiada krisis bekalan air

Exco Selangor beri jaminan tiada krisis bekalan air

Semua empangan air di Selangor berada di atas paras kritikal dan beliau yakin keadaan akan bertambah baik dengan musim tengkujuh yang semakin menghampiri.

selangor,air
SHAH ALAM: Exco Selangor memberi jaminan tidak akan berlaku krisis air di negeri itu memandangkan semua empangan berada di atas paras kritikal.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Zaidy Abdul Talib berkata demikian bagi menolak dakwaan yang paras semasa Empangan Sungai Selangor bakal menyebabkan negeri itu mengalami krisis air pada 2017.

“Semua empangan di atas paras kritikal iaitu atas 30% (30% paras kritikal). Dari sudut simpanan kritikal iaitu 30%. Antaranya Empangan Sungai Selangor misalnya masih berada pada tahap 43.29%. Jika dibandingkan dengan paras air sebelum ini, ia adalah normal.

“Apatah lagi dengan musim monsun Timur Laut atau musim tengkujuh yang semakin menghampiri. Kita doakan banyak air hujan masuk ke dalam Empangan Sungai Selangor dan empangan lain di Selangor,” katanya ketika di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.

Beliau berkata demikian menjawab soalan yang diajukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan.

Pada masa sama, Zaidy turut memaklumkan paras air terkini di beberapa empangan di Selangor.

“Empangan Sungai Tinggi masih berada pada tahap 51.56%. Empangan Sungai Semenyih pada tahap 67.78% .

“Manakala, 2 empangan yang alami paras terendah iaitu Empangan Batu pada tahap 46.19% dan Empangan Klang Gates pada tahap 43.63%,” katanya.

Katanya, maklumat terkini mengenai paras air di empangan Selangor boleh didapati di laman web http://www.luas.gov.my.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/08/06/dua-empangan-di-selangor-di-bawah-paras-minimum/

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.