Bukan sengaja belanja, tapi terkeliru, jawab adun BN

Bukan sengaja belanja, tapi terkeliru, jawab adun BN

Menurut adun Batang Kali, Kerajaan Negeri tidak menjelaskan elaun bulanan RM6,000 wakil rakyat tidak termasuk dalam peruntukan tahunan kawasan RM200,000.

nadzari-azmin
SHAH ALAM: Wakil rakyat BN Selangor kecewa kekeliruan mereka disalah anggap sebagai penyalahgunaan dana awam.

Menjawab tuduhan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan (BN-Batang Kali) berkata mereka bukan sengaja membelanjakan peruntukan kawasan untuk tujuan perbelanjaan pejabat.

Kerajaan Negeri memperuntukkan RM200,000 untuk semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Di samping itu, Selangor turut memperuntukkan elaun bulanan sebanyak RM6,000 kepada semua wakil rakyatnya.

“Kita tidak tahu yang perbelanjaan pejabat itu termasuk dalam elaun wakil rakyat,” katanya kepada FMT.

“…dan kami tidak tahu yang sebenarnya benda yang dimasukkan sekali dalam RM200,000. Sepatutnya minta penjelasan,” kata Nadzari.

Semalam, Azmin (PKR-Bukit Antarabangsa) menasihatkan wakil rakyat BN Selangor supaya tidak menyalahgunakan peruntukan kawasan untuk kepentingan diri dan kemudahan pejabat.

“RM200,000 ini ialah untuk rakyat di kawasan masing-masing, tetapi adun pembangkang ambil hanya untuk kepentingan diri dan kemudahan pejabat, sedangkan peruntukan kita siapkan untuk rakyat, mereka sengaja tidak ambil dan ini seharusnya tidak berlaku,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS) semalam.

Azmin membuat teguran itu ketika menjawab soalan Sharum Mohd Sharif (BN-Dengkil) berhubung perbezaan peruntukan kawasan antara wakil rakyat kerajaan dan pembangkang.

Mengikut sistem sedia ada, setiap kawasan menerima RM200,000, manakala RM500,000 disalurkan kepada penyelaras DUN yang dilantik Kerajaan Negeri untuk menjalankan program pembangunan masyarakat.

BN berpendapat penyaluran RM500,000 kepada penyelaras kawasan mereka adalah tidak adil.

“Kalau nak amalkan demokrasi, maka saya cabar menteri besar bagi semua adun pembangkang sama rata dengan adun kerajaan iaitu RM700,000 (setahun). Bagi ikhlas dapat pahala, bagi tak ikhlas dapat dosa,” kata Datuk Samsuddin Lias (BN-Sungai Burong).

PAUTAN:

Azmin: RM200,000 untuk rakyat, bukan kemudahan pejabat adun BN

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.