
Timbalan Perdana Menteri ACM Prajin Janthong yang juga bertindak sebagai pemangku menteri ekonomi digital berkata, tindakan diambil di bawah Perintah No.26/2014 Majlis Keamanan dan Ketenteraman Nasional (NCPO) serta Akta Jenayah Komputer 2007.
“Bulan lepas pihak berkuasa mengesan 1,300 URL yang tidak wajar, dengan 1,200 daripada jumlah URL dikesan selepas kemangkatan Raja Bhumibol pada 13 Oktober, hingga penghujung Oktober,” katanya kepada media hari ini.
Beliau berkata kerajaan mendapat kerjasama baik daripada Google, You Tube, Line dan Facebook dalam tindakan menghapuskan kandungan tidak wajar itu.
Minggu lepas, Polis Thai mengumumkan mereka menahan beberapa orang di bawah Undang-undang Lese Majeste serta memohon kerjasama beberapa negara untuk menghantar pulang rakyat Thai yang meninggalkan negara untuk mengelakkan diri daripada undang-undang berkenaan.
Undang-undang itu melindungi ahli paling kanan keluarga diraja Thai daripada sebarang penghinaan atau ancaman.