Johor akan bantu keluarga mangsa kebakaran hospital

Johor akan bantu keluarga mangsa kebakaran hospital

Ayub berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan hospital swasta yang sedia menghulurkan bantuan bagi penempatan sementara pesakit HSA yang perlu dipindahkan segera.

ayub-rahmat_hospital-bakar
BANDUNG:
Kerajaan negeri Johor akan menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA), pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, kerajaan negeri turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan sedih dengan kejadian tersebut.

“Kita akan menyalurkan bantuan bersesuaian kepada kelurga mangsa dalam masa terdekat,” katanya selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa Rangkaian Penyelidikan Karbon Rendah Asia, hari ini.

Enam pesakit dilaporkan maut dalam kebakaran di tingkat 2 unit rawatan rapi (ICU) HSA pada jam 8.56 pagi.

Sementara itu, Ayub berkata, pihaknya mengalu-alukan hospital swasta yang sedia menghulurkan bantuan bagi penempatan sementara pesakit hospital tersebut yang perlu dipindahkan segera.

“Buat masa ini, kita lebih memberi tumpuan kepada usaha menyelamatkan mangsa dan punca kebakaran masih belum dikenal pasti pihak bomba,” katanya.

6 maut dalam kebakaran Hospital Sultanah Aminah di JB

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.