
Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty itu dijemput oleh Persatuan Pelajar Undang-Undang Asia (ALSA) untuk bercakap mengenai undang-undang keselamatan dan IS.
Bagaimanapun beliau pada Jumaat lepas diberitahu oleh wakil ALSA jemputan itu ditarik balik kerana pandangannya tentang undang-undang keselamatan dan hak asasi manusia “terlalu kontroversi untuk pelajar undang-undang”.
Star Online memetik seorang pegawai UKM yang mengesahkan Paulsen digugurkan kerana pentadbiran universiti merasakan slot itu akan menjadi terlalu politik untuk wacana akademi.
Perkembangan itu mengecewakan Paulsen, yang berpendapat universiti awam bertanggungjawab kepada masyarakat dan perlu mewajarkan tindakan mereka. “Mereka sepatutnya mendakap kebebasan akademi sekiranya mahu bersaing menjadi universiti yang cemerlang.”
Pada 2015, Paulsen didakwa kerana menghasut selepas menyiarkan twit yang didakwa menuduh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan ekstremisme.