Kematian ke-11 akibat beg udara Takata di AS

Kematian ke-11 akibat beg udara Takata di AS

Agensi persekutuan AS mengesahkan satu kemalangan maut pada 30 September mempunyai kaitan dengan beg udara dipanggil semula itu.

honda
SAN FRANCISCO:
Beg udara keselamatan yang dipanggil semula keluaran syarikat Jepun Takata dikaitkan dengan kematian ke-11 di Amerika Syarikat (AS), kata Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Trafik (NHTSA) AS, hari ini.

Agensi persekutuan mengesahkan satu kemalangan maut di Riverside County, California pada 30 September adalah kes kematian terbaru di AS yang mempunyai kaitan dengan beg udara dipanggil semula itu.

Mangsa, seorang wanita memandu Honda Civic 2001, yang menurut NHTSA termasuk dalam kumpulan kenderaan Honda dan Acura yang dikenal pasti agensi “berisiko lebih tinggi” – terutama di kawasan-kawasan panas dan lembap.

Takata yang berpangkalan di Tokyo – mewakili 20% daripada pasaran global bagi tali pinggang keledar dan beg udara keselamatan – dikecam kerana kerosakan pada pengepam beg udara yang dikaitkan dengan sekurang-kurangnya 15 kematian dan kecederaan di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Kira-kira 100 juta beg udara Takata ditarik balik, dan hampir 70 juta di AS.
Kerosakan itu menyebabkan logam dan serpihan plastik daripada kanister inflator menghentam pemandu dan penumpang apabila beg udara terbuka.

Punca utama kerosakan itu masih tidak jelas tetapi gabungan masa, kelembapan alam sekitar dan turun naik suhu yang tinggi adalah kemungkinan punca ia berlaku, kata NHTSA.

PAUTAN:

Beg udara Takata melibatkan kereta BMW di AS, Kanada bermasalah

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.