
Bercakap kepada FMT, Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque berkata beliau dihalang daripada menaiki penerbangan jam 3 petang ke Singapura hari ini, dimana beliau dijadualkan untuk menghadapi suatu forum.
“Pengawai imigresen beritahu nama saya disenarai hitam atas alasan tertentu.
“Bila saya periksa, sistem menunjukkan arahan daripada Ketua Polis Negara.
“Saya akan memfailkan saman mencabar larangan keluar negara kerana beliau tidak ada hak untuk melarang saya daripada keluar negara. Hanya mahkamah yang boleh.
“Lagipun, saya belum disabitkan sebarang kesalahan. Kes saya masih berjalan.”
Zunar akan mendapatkan nasihat peguam membincangkan langkah seterusnya, memandangkan beliau ada beberapa lagi pertemuan di luar negara.
Ketika berita ini ditulis, Khalid belum memberikan komen.
Zunar terkenal dengan komik yang mempersenda kerajaan Barisan Nasional dan institusi negara yang didakwa korup.
Beliau menghadapi 9 pendakwaan yang antara lain kerana mendakwa pendakwaan liwat bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dicemari campurtangan kerajaan dan berat-sebelah.