
KUALA LUMPUR: Kadar inflasi tahunan Malaysia pada September kemungkinan 1.7%, menurut tinjauan Reuters, sedikit laju berbanding kadar bulan sebelumnya.
Harga minyak yang rendah membendung inflasi meskipun harga makanan lebih mahal, menurut pakar ekonomi.
Pada Ogos, indeks harga pengguna naik 1.5% daripada tahun sebelumnya, kenaikan kadar inflasi pertama selepas 5 bulan yang perlahan.
Inflasi tahunan mencecah paras tertinggi dalam 7 tahun iaitu 4.2% pada Februari, namun terkawal dengan pudarnya kesan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan pada April 2015.
Pada Julai, Bank Negara Malaysia mencantas unjuran inflasi bagi tahun ini kepada 2%-3% daripada 2.5%-3.5%.