
Pada sidang akhbar di Wisma MCA hari ini, presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata: “Ia adalah sangat jelas yang BN membuat keputusan konsensus rang undang-undang kerajaan akan menggantikan rang undang-undang persendirian.”
Hasrat Hadi membentangkan rang undang-undang persendirian adalah bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah).
“Kami akan memastikan rang undang-undang ini tidak akan dapat dibahaskan kerana kita tahu rang undang-undang kerajaan mesti diutamakan di Parlimen,” Liow dipetik sebagai berkata.
Ia tidak jelas sama ada itu adalah keputusan yang diambil pada Sabtu di pra-majlis Ahli Parlimen BN.
Bagaimanapun, pemimpin tertinggi DAP Lim Kit Siang membuat spekulasi semalam yang konsensus BN itu adalah untuk melambatkan Rang undang-undang Hadi (RUU Hadi) itu melalui prosedur.
Hadi memfailkan usul memohon kelulusan daripada Dewan bagi rang undang-undang persendirian itu.
Hanya selepas usul itu diluluskan barulah rang undang-undang itu dianggap sudah dibentangkan di hadapan Dewan.
Bagaimanapun, rang undang-undang itu akan melalui menteri kerajaan untuk diperbahaskan.
Aturan mesyuarat semasa Dewan Rakyat menyenaraikan Bajet (atau Undang-undang Perbekalan 2017) dan 4 rang undang-undang kerajaan lain yang akan dibentangkan, dan perdebatan mengenai cadangan pindaan Ordinan Peguam Bela Sabah.
Usaha Hadi bagi mendapatkan kebenaran Dewan untuk membentangkan cadangan pindaan beliau disenaraikan sebagai item ke-4, antara sejumlah 27 usul yang akan dibincangkan.
MCA dicabar beberapa ahli politik pembangkang untuk mengisytiharkan ahli Parlimen parti itu akan mengundi menentang rang undang-undang Hadi jika ia dibentangkan dan dibahaskan Dewan.