WhatsApp kadar tol naik hanya berita palsu, kata kementerian

WhatsApp kadar tol naik hanya berita palsu, kata kementerian

Kementerian Kerja Raya berkata laporan yang diviralkan pihak tidak bertanggungjawab itu berita lama dan dikitar semula.

tol-palsu_600
KUALA LUMPUR:
Laporan mengenai kenaikan kadar tol yang tersebar di media sosial dan aplikasi WhatsApp adalah palsu, menurut Kementerian Kerja Raya.

Dalam kenyataan malam ini, kementerian itu berkata laporan yang diviralkan pihak tidak bertanggungjawab itu berita lama dan dikitar semula.

“Ini jelas apabila laporan berkenaan memetik tarikh dan hari yang salah dengan menyebut kenaikan tol kononnya akan berkuat kuasa pada Isnin 16 November, padahal 16 November 2016 jatuh pada hari Rabu,” kata kenyataan itu.

Kementerian itu menegaskan sehingga kini belum ada sebarang keputusan mengenai kenaikan kadar tol.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.