
Bercakap kepada FMT, katanya pada Khamis, beliau bukan sahaja berharap RUU itu diluluskan hanya di Kelantan, tetapi untuk seluruh Malaysia.
“Saya bukan ahli politik. Bukannya juga sebab saya penyokong PAS atau apa-apa seperti itu. Hadi bentangkan usul itu, saya menyokongnya,” kata Harussani ketika ditanya mengapa beliau tidak pernah bercakap mengenai perkara itu sebelum ini.
Sinar Harian melaporkan pada Rabu yang Harussani menggesa ahli Parlimen beragama Islam tanpa mengira perbezaan politik menyokong RUU itu, mengatakan ia adalah “wajib” bagi umat Islam berbuat demikian.
Beliau berkata ia adalah “salah” bagi umat Islam jika tidak menyokong rang undang-undang itu.
“Itu adalah salah kerana sebagai orang Islam, mereka mesti menyokong segala usaha memperkasakan Mahkamah Syariah dan saya sendiri berharap semua Ahli Parlimen Melayu dan Islam bersatu dalam menyokong isu ini.
“Jika semua memberi sokongan mereka, Insya-Allah, ia akan diluluskan,” Harussani dipetik berkata.
Ia mencadangkan pindaan kepada Akta 1965 Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), juga dikenali sebagai Akta 355, bagi membolehkan Mahkamah Syariah mengenakan hukuman lebih keras kepada pesalah.
RUU persendirian, yang diperkenalkan Hadi akan dibahaskan pada sesi Parlimen akan datang, yang bermula pada Isnin.
Pada Selasa, Ketua Penerangan Dewan Penyokong PAS Balachandran G Krishnan berkata ahli-ahlinya bersedia “menyekolahkan” bukan Islam termasuk ahli politik berhubung perubahan yang dicadangkan dalam Akta 355.
Beliau berkata Akta 355 tidak sepatutnya dipolitikkan kerana pelaksanaannya adalah hak umat Islam dan orang bukan Islam tidak harus menentang perkara itu.