
SM Mohamed Idris berkata, langkah itu juga boleh memantau penjual rokok sah, memandangkan terdapat 80,000 penjual rokok di Malaysia ketika ini, tidak termasuk penjual di tepi jalan.
“Empat negara anggota Asean sudah melaksanakan pemberian lesen kepada penjual dan peruncit rokok. Brunei mengenakan caj bersamaan RM976.25 bagi setiap lesen, sementara Singapura mengenakan RM1,171.75,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, kerajaan juga perlu mengeluarkan kawalan tembakau daripada Akta Makanan sedia ada dan menggubal Akta Kawalan Tembakau sendiri.
“Sesuatu yang tidak masuk akal untuk meletakkan kawalan tembakau di bawah Akta Makanan kerana tembakau bukan produk makanan dan ia mengandungi nikotina, sejenis bahan beracun yang disenaraikan di bawah Akta Racun.
“Malah, nikotina yang merembes keluar dari daun tembakau basah boleh diserap melalui kulit, lalu menimbulkan masalah ‘kesakitan tembakau hijau’, terutama di kalangan pengendali daun tembakau,” katanya.
Pada masa sama, Idris menggesa kerajaan segera memperkenalkan pembungkusan kosong, walaupun Malaysia mungkin diberi amaran oleh Persekutuan Pengeluar Tembakau Malaysia (CMTM), kerana rekabentuk dan grafik menarik pada kotak rokok menyebabkan rakyat tertarik kepada rokok.
Pautan: