Rundingan pengambilan konsesi air Selangor perlu diteruskan

Rundingan pengambilan konsesi air Selangor perlu diteruskan

Kerajaan mempunyai opsyen mengambil alih Splash menerusi Akta Industri Perkhidmatan Air jika Selangor tidak dapat menyelesaikan isu konsesi air sehingga 7 Oktober 2016.

maximus-ongkili
KUALA LUMPUR:
Kerajaan Selangor dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash) perlu meneruskan rundingan mengenai pengambilalihan konsesi air bagi menyelesaikan isu tertangguh.

Bercakap kepada pemberita hari ini, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili berkata masih banyak isu yang belum diselesaikan di pihak kerajaan negeri.

Esok ialah tarikh akhir rundingan.

“Kedua-dua pihak wajar melanjutkan tarikh itu,” kata Ongkili selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia 2016, kali ke-7.

Beliau mengulas laporan berita hari ini yang menyebut perunding belum pasti terhadap hasil perbincangan memandangkan lerajaan pusat berdiam diri terhadap keputusan untuk membiayai aset yang dibeli.

Mengenai perbincangan antara kerajaan pusat dan Selangor berhubung bantuan kewangan, Ongkili berkata mereka masih berbincang mengenainya dan menjangkakan tarikh akhir itu dilanjutkan.

“(Selangor) belum mengemukakan kepada kami jumlah yang mereka perlukan,” katanya.

Pada Mei, Ongkili dilaporkan sebagai berkata kerajaan mempunyai opsyen untuk mengambil alih Splash menerusi Akta Industri Perkhidmatan Air jika Selangor tidak dapat menyelesaikan isu konsesi air sehingga 7 Oktober, 2016.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.