
“Khamis ini (6 Oktober), jadual saya penuh dengan mesyuarat. Bagaimanapun saya akan cuba menyusun semula jadual saya.
“Jika tidak boleh, pejabat saya akan menetapkan tarikh lain untuk lawatan itu nanti,” kata wakil rakyat DAP itu kepada FMT, selepas jemputan pembantu kepada isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang menaungi Permata.
“Tetapi apa yang pasti, saya akan pergi,” kata Yeo.
Datuk Rizal Mansor semalam mempelawa Yeo melawat Pusat Anak Permata di Kerinchi, esok, bagi melihat sendiri perjalanan program pendidikan awal yang dibiayai Putrajaya itu.
Ia susulan Yeo mempersoalkan Permata kerana tidak mempunyai hala tuju strategik yang jelas dan tidak telus dalam soal kewangannya.
Pelawaan Rizal itu bagaimanapun bersyarat. Yeo perlu mengadakan sidang media dalam tempoh 3 hari selepas lawatan Permata, untuk menjelaskan kontroversi mengenai terowong dasar laut di Pulau Pinang.
“DAP tidak ada monopoli menuntut ketelusan. Saya berhak menuntut YB Yeo menjelaskan secara terperinci bersertakan dokumen mengenai projek di Pulau Pinang memandangkan ia melibatkan berbilion ringgit dana negeri,” kata Rizal.
Pautan: