Polis keluar 347 saman banteras ‘samseng’ jalan raya

Polis keluar 347 saman banteras ‘samseng’ jalan raya

Kebanyakan pemandu berusia antara 13 dan 19 tahun tidak memiliki lesen yang sah.

saman
ALOR SETAR:
Polis mengeluarkan 347 saman dalam “Op Samseng Jalanan” di 2 lokasi berasingan di sekitar Kedah, sejak Sabtu sehingga semalam.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kedah Supt Zahari Mohamed berkata pemeriksaan dilakukan terhadap 163 motosikal, 76 kereta dan 56 kenderaan lain.

Menurutnya, operasi 3 jam yang bermula 1.00 pagi pada 1 Oktober di sekitar Guar Chempedak, 11 motosikal dan 11 saman dikeluarkan pihak polis atas kesalahan tidak memiliki lesen, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan tidak mempunyai cermin sisi.

“Dalam operasi pada 2 Oktober yang dijalankan di sekitar Kuala Muda bermula pukul 1 hingga 5 pagi pula, kita memeriksa 152 motosikal, kereta (76) dan kenderaan lain sebanyak 56.

“Jumlah saman yang dikeluarkan sebanyak 336 atas kesalahan tidak memiliki lesen, cukai jalan tamat tempoh dan pemandu bawah umur,” katanya.

Sebanyak 34 kenderaan juga disita dan kebanyakan yang berumur antara 13 dan 19 tahun tidak memiliki lesen.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.