Harga minyak stabil, tetapi bekalan masih berlebihan

Harga minyak stabil, tetapi bekalan masih berlebihan

Pasaran masih dihimpit bekalan berlebihan kerana persaingan antara negara anggota Opec seperti Arab Saudi, Iran dan Iraq enggan melepaskan bahagian pasaran masing-masing.

Saudi-Iran
SINGAPURA:
Harga minyak mentah Brent bertahan pada AS$50 setong pada Isnin, menyusuli rancangan kumpulan pengeksport minyak Opec untuk mencantas pengeluaran.

Namun masih terdapat kekhuatiran kerana bekalan masih mengatasi penggunaan.

Niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan pada $50.25 setong pada 0651 GMT, 6 sen lebih tinggi daripada harga penutup sebelum ini, walaupun niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat turun sebanyak 8 sen pada AS$48.16 setong.

Minggu lalu Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (Opec) bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran keseluruhan kepada sekitar 32.5 juta bpd dan 33.0 juta bpd daripada 33.5 juta bpd. Perincian akan dimuktamadkan dalam mesyuarat dasar Opec November nanti.

Pada ketika ini, pegadang melaporkan pasaran masih dihimpit bekalan berlebihan kerana persaingan antara negara anggota Opec seperti Arab Saudi, Iran dan Iraq enggan melepaskan bahagian pasaran masing-masing.

Output minyak Opec dijangka mencecah 33.60 juta tong sehari (bpd) pada September lebih tinggi daripada 33.35 juta (bpd) pada Ogos, yang tertinggi dalam sejarah, menurut tinjauan Reuters pada Jumaat.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.