
Perkara itu diberitahu pegawai AAM yang enggan namanya disiarkan kepada akhbar itu selepas turut mendedahkan 16 pusat panggilan bantuan pelanggan AAM sudah tidak beroperasi selepas pekerjanya tidak hadir bekerja.
“Hanya sekitar 100 pekerja yang masih bekerja secara tetap dengan harapan mereka akan dibayar.
“AAM kini membantu mengarahkan permintaan pengguna jalan raya yang terkandas kepada pihak yang boleh membantu,” katanya.
Tambah beliau, AAM merancang menjual bangunannya di Shah Alam untuk harga RM7.5 juta sebagai sebahagian daripada rancangan menebus kerugiannya.
“Kami mendapat tahu yuran tempahan 10% sudahpun dibayar untuk bangunan itu,” katanya.
Di sebalik keadaan itu, beliau masih akui ada pengguna yang melanggan dan memperbaharui polisi insurans dan yuran keahlian mereka.
Bulan lalu, FMT melapor Pengerusi AAM Tunku Mudzaffar Tunku Mustapha memberi jaminan akan menyelesaikan masalah gaji 4 empat bulan kepada 300 orang pekerjanya selepas pekerja terbabit berpiket di luar pejabat AAM.
Syarikat itu juga didakwa gagal membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pekerjanya selama hampir setahun.
Bercakap kepada media, Tunku Mudzaffar bagaimanapun menafikan dakwaan krisis kewangan dan spekulasi organisasi itu mungkin ‘tutup kedai’.
“Hanya kita (AAM) tahu apa yang berlaku,” petik kata beliau.
AAM ditubuhkan pada 1932 dengan lebih 100,000 ahli yang membayar antara RM75 dan RM125 setiap tahun untuk perkhidmatan automobil termasuk kerosakan kecemasan 24 jam dan bantuan di tepi jalan.
Pautan: