13 pemimpin akar umbi Umno antara 110 sertai PPBM

13 pemimpin akar umbi Umno antara 110 sertai PPBM

Antara mereka ialah naib ketua Umno Kota Raja yang keluar parti menyahut cabaran Nazri minggu lalu.

Mohd Hamidi Abu Bakar
SHAH ALAM: Seramai 13 pemimpin akar umbi Umno merupakan antara 110 orang yang menyerahkan borang permohonan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir semalam.

Antara yang menyertai parti baharu itu ialah bekas naib ketua Umno Kota Raja, Mohd Hamidi Abu Bakar, Ketua Cawangan Umno Semarak Jefri Salleh, ahli jawatan kuasa Umno Serdang Zainurin Ariffin dan Ketua Umno Kapar, Mahathir Mansor.

“Malam ini hanya gelombang pertama (akar umbi Umno keluar sertai PPBM). Ramai akan menyusul,” kata Hamidi.

Kumpulan 13 pemimpin dan ahli Umno cawangan kemudian melaungkan “Bersatu” pada majlis itu.

Hamidi mengumumkan keluar Umno pada Ahad lalu selepas dicabar ahli Majlis Tertinggi Datuk Seri Nazri Aziz.

Ia susulan kenyataan Hamidi yang menganggap tindakan terhadap Mukhriz, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal akan hanya merugikan parti.

PPBM yang dinaungi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan dipimpin Muhyiddin.

Ia merancang bekerjasama dengan parti pembangkang lain pada pilihan raya umum akan datang.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.