Esscom sahkan 3 diculik di perairan Semporna

Esscom sahkan 3 diculik di perairan Semporna

Wan Abdul Bari mengesahkan tiga orang diculik daripada sebuah bot yang ditahan di perairan Pom Pom, pada awal pagi tadi.

bari
TAWAU:
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mengesahkan berlaku satu kes culik di perairan Pom Pom, Semporna, malam tadi.

Komander Esscom, Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi Bernama berkata, pihaknya menerima laporan kes berkenaan pada jam 1.59 pagi tadi.

“Saya hanya boleh mengesahkan berlaku satu kes culik, di mana sebuah bot ditahan dan tiga orang diculik.

“Maklumat lanjut akan dikongsi Pesuruhjaya Polis Sabah dalam satu sidang akhbar,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.