
“Mewakili Pemuda MIC, kami tidak bercadang menjamin individu mewakili beberapa NGO Tamil di negara ini.
“Polisi MIC tidak menyokong perbuatan melibatkan kekasaran, maaf ia jauh daripada prinsip parti kami. Mungkin parti lain boleh jamin (mereka),” katanya yang enggan mengulas panjang ketika dihubungi FMT hari ini.
Ibrahim Ansar bersama setiausaha keduanya, M H M Shuayb didatangi kira-kira 15 lelaki India tempatan, ketika mereka dalam perjalanan keluar dari kawasan VIP di tingkat tiga Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kira-kira jam 3 petang Ahad lalu, selepas menghantar Menteri Perindustrian Utama Sri Lanka, Daya Dharmapala Kilittuwa Gamage pulang ke tanah airnya.
Kumpulan lelaki yang dipercayai adalah penyokong Liberation of Tamil Tigers (LTTE) dan memakai baju tertera Naam Thamilar (Kami adalah orang Tamil) itu, bertindak memukul dua diplomat terbabit apabila Ibrahim enggan melayan mereka dan cuba beredar dari sana.
Polis Selangor menahan lima lelaki berusia 27 hingga 56 tahun itu di sekitar Dengkil, Perak serta Kuala Lumpur dan menyiasat kaitan mereka dengan LTTE.
Hari ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat dilaporkan berkata, polis sedang memburu empat lagi rakan suspek yang sudah dikenal pasti identiti mereka.
Sementara itu, Ketua Wanita MIC, Mohana Muniandy berkata, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku kerana sasaran perlu ditujukan kepada Rajapaksa, susulan tindakan kejamnya membunuh penduduk Tamil di Sri Lanka dalam perang saudara.
Beliau turut mengutuk kehadiran Rajapaksa di Malaysia dan bekas pemimpin itu tidak sepatutnya diberi layanan VIP.
“Saya minta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak campur tangan untuk memaklumkan pihak menjemput Rajapaksa yang kaum India Malaysia menolak kehadiran Rajapaksa.
“Saya juga mendesak penganjur memohon maaf kepada kaum India Malaysia kerana membawa Rajapaksa ke Malaysia, sebab isu tersebut (pembunuhan beramai-ramai penduduk Tamil Sri Lanka) sangat dekat dengan jiwa rakyat, jangan buat perkara yang boleh mencetuskan kemarahan rakyat,” katanya ketika dihubungi.
Pautan:
Ditumbuk bertubi-tubi, klip video duta Sri Lanka diserang di KLIA