
“Butiran seperti tarikh, lokasi dan tujuan perhimpunan akan didedahkan pada 14 September ini pada sebuah sidang media,” katanya ketika menunggu satu kes mahkamah membabitkan kumpulan Bersih 2.0 hari ini.
Dalam kenyataan sebelum ini, Maria berkata, perhimpunan itu bertujuan memberi tekanan kepada pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap ‘Malaysian Official 1’ yang disebut dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) untuk merampas aset didakwa dibeli dengan dana diseleweng daripada 1MDB, pada Julai lalu.
Beliau berkata, tunjuk perasaan bukan lagi satu pilihan, tetapi keperluan kerana rakyat perlu membuat pendirian tegas terhadap apa yang dianggapnya sebagai “rasuah besar dan mengkhianati kepercayaan”.
Dalam perhimpunan Bersih sebelum ini, kecuali Bersih 4 yang diadakan selama dua hari pada Ogos tahun lalu, menyaksikan pergelutan antara penunjuk perasaan dan polis.
Penganjur gerakan himpunan Baju Merah, Datuk Jamal Md Yunos turut memberi amaran akan bertindak balas dengan mengadakan perhimpunan jika penganjur Bersih 2.0 bertegas hendak mengadakan Bersih 5.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, Bersih 5 boleh diteruskan selagi penganjur mematuhi Akta Perhimpunan Aman dan tidak menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.
Khalid turut memberi lampu hijau kepada perhimpunan Baju Merah, dengan syarat penganjur terbabit mematuhi peraturan di bawah Akta Perhimpunan Aman.
Pautan: