Sanjeevan bidas KPN dalam ucapan hari lahir

Sanjeevan bidas KPN dalam ucapan hari lahir

Pengerusi MyWatch itu mengulangi dakwaan mengaitkan keluarga Khalid Abu Bakar kepada perniagaan berkaitan senjata api.

Sanjeevan
PETALING JAYA: Sambil mengucapkan selamat hari lahir kepada Tan Sri Khalid Abu Bakar, Datuk R Sri Sanjeevan mengambil kesempatan untuk membidas Ketua Polis Negara itu yang dikaitkan kepada perniagaan berkaitan senjata api.

“Selamat hari jadi ke-59 kepada @KBAB51, semoga keluarga Tan Sri dapat kelulusan beberapa syarikat senjata api baru lagi,” kata Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) itu dalam twitnya kepada Khalid.

Sanjeevan mengulangi kenyataannya di Facebook, dan berharap keluarga Khalid dapat kelulusan sebelum bersara wajib tahun depan.

Perang mulut antara mereka tercetus bulan lepas, apabila Sanjeevan mendakwa abang Khalid, Abdullah Abu Bakar, antara pengarah di Akademi Menembak Unggul.

Syarikat itu, dakwanya, ditubuhkan enam bulan selepas Khalid dilantik ketua polis negara.

Dakwaan itu menyusuli dakwaan anak perempuan Khalid dan abang iparnya, Mohd Isa Husin pemilik bersama Nilai Arms and Ammunitions Sdn Bhd, sebuah syarikat yang menjual senjata api.

Menjawab dakwaan itu, Khalid menyelar pemantau jenayah itu sebagai “penjenayah”, yang didakwa atas pelbagai kesalahan melibatkan pemerasan.

Sanjeevan juga mengaku tidak bersalah atas dakwaan berbohong kelayakan akademi palsu dengan tujuan untuk menipu.

Ketika berita ini ditulis, usaha menghubungi Khalid tidak berjaya.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.