
Kegiatan yang berlaku sejak 3 tahun lepas dikatakan dilindungi “orang dalam” bagi menyukarkan pihak berkuasa menghidu aktiviti berkenaan.
Akhbar itu melaporkan sindiket berkenaan berpindah dari satu setor ke setor di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor setelah mendapat maklumat daripada orang dalam.
“Tindakan licik sindiket ini membuatkan pengguna tertipu setelah membayar antara RM26 hingga RM27 untuk LPG 14 (kg) sedangkan isipadu yang mereka terima dikurangkan 2kg.
“Tidak cukup dengan itu, sindiket ini juga dikenal pasti memindahkan isipadu tong LPG 12kg dan 14kg yang bersubsidi ke dalam tong 50kg dan dijual untuk keperluan pasaran industri.
“Secara tidak langsung, mereka mengaut keuntungan kerana menggunakan LPG subsidi untuk menjual tong gas 50kg yang tidak mendapat subsidi daripada kerajaan,” katanya.
Menurut Utusan, sindiket berkenaan mengaut keuntungan sebanyak RM5 juta sejak aktiviti tersebut 3 tahun lalu.
Bagaimanapun kegiatan salah satu sindiket itu berjaya ditumpaskan hasil serbuan Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET) bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta polis Cawangan Khas Bukit Aman di 2 lokasi.
Turut dirampas ribuan tong gas berisi dan masih kosong dianggarkan bernilai RM1.1 juta manakala 7 warga asing dan 6 warga tempatan termasuk 2 peniaga diambil keterangan bagi membantu siasatan.