Jangkitan tempatan pertama Zika di Sabah

Jangkitan tempatan pertama Zika di Sabah

Seorang lelaki Dusun berusia 61 tahun dipercayai mangsa pertama Zika menerusi sumber jangkitan tempatan kerana dia tidak pernah ke luar negara.

Noor-Hisham-Abdullah_zika_600
PETALING JAYA:
Kes kedua jangkitan Zika di negara ini disahkan, membabitkan seorang lelaki Dusun di Sabah berusia 61 tahun, dipercayai menjadi kes pertama jangkitan tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah kes itu dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan pada Jumaat.

“Didapati jangkitan Zika yang ini kemungkinan besar daripada sumber tempatan kerana pesakit tidak ke luar negara baru-baru ini dan mungkin digigit nyamuk Aedes yang dijangkiti Zika,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pesakit itu mengalami demam pada 27 Ogos dan mendapatkan rawatan di klinik pada 30 Ogos sebelum mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Queen Elizabeth keesokan harinya selepas demamnya semakin teruk, sakit badan dan cirit birit.

Sampel darah dan air kencing pesakit diuji dan didapati positif Zika, tetapi keadaan klinikal pesakit mungkin kerana kewujudan masalah kesihatan sedia ada dan bukan disebabkan virus Zika.

Ahli keluarga terdekat pesakit juga akan diperiksa untuk memastikan sama ada mereka menghidapi demam atau simptom lain virus Zika.

Pautan:

Zika: 3 sekeluarga dikuarantin selepas pulang dari Singapura

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.