Exco Pemuda Umno maafkan pemandu selepas dituduh buli jalan

Exco Pemuda Umno maafkan pemandu selepas dituduh buli jalan

Nazir bersyukur perkara tersebut tidak berpanjangan dan berterima kasih kerana dirinya lebih popular ekoran insiden itu.

nazir
PETALING JAYA:
Exco Pemuda Umno Nazir Hussin Akhtar Hussin menerima permohonan maaf seorang pemandu yang menuduhnya pembuli jalan raya selepas terlibat dalam salah faham dengan sebuah kereta BMW dipercayai miliknya.

“Saya harap ini satu pengajaran bagi semua netizen agar tidak melulu dan terus mengambil tindakan undang-undang di tangan sendiri walaupun peribahasa pernah berkata ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa’,” katanya, merujuk kiriman Facebook Farizul Hakim Kamaruddin yang menamakan Nazir sebagai pemandu kereta tersebut.

Nazir berkata beliau mengambil pendekatan “berjiwa besar”.

“Walaupun saya dimaki, dicerca dengan seteruk-teruknya, namun semua itu satu ujian dalam menempuh jalan yang dipilih,” katanya dalam Facebook.

“Terima kasih juga kerana telah menambah populariti saya selama sebulan ini,” kata Nazir kepada mereka yang mengutuknya.

Farizul memohon maaf kepada Nazir selepas menuduh pemimpin Pemuda Umno itu menghalang keretanya dan lagak seperti pembuli jalan raya.

“Saya dengan ini menarik balik segala tuduhan yang mengakitbatkan fitnah ke atas beliau dalam akaun facebook saya tersebut dan juga menarik balik segala gelaran tidak baik yang saya buat ke atas beliau,” katanya.

Farizul mendakwa Nazir berkali-kali membunyikan hon dari arah belakang dan cuba menghimpitnya yang menyebabkan kereta milik Farizul hampir melanggar pengadang jalan.

Pautan:

Dituduh pembuli jalan, Nazir enggan buat kenyataan balas

Exco Pemuda Umno mahu saman selepas didakwa buli pemandu

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.