Tak adil hukum ibu bapa enggan vaksin anak, kata penyanyi nasyid

Tak adil hukum ibu bapa enggan vaksin anak, kata penyanyi nasyid

Suhaimi Saad, yang tidak mahu mengambil vaksinasi untuk anaknya berkata ibu bapa sepatutnya dibenarkan memilih sama ada vaksin atau rawatan alternatif.

suhaimi-1
PETALING JAYA:
Tidak adil untuk menghukum ibu bapa yang memilih untuk tidak memvaksin anak kerana mereka berhak menentukan cara terbaik melindungi anak masing-masing.

Ketika mengulas rancangan Jabatan Kesihatan Perak untuk mengheret ibu bapa yang tidak memvaksin anak ke mahkamah, penyanyi nasyid Suhaimi Saad, yang tidak mengambil vaksin untuk anaknya berkata ada cara alternatif menggantikan vaksinasi.

Katanya kepada FMT hanya kerana ada ibu bapa memilih untuk tidak memvaksin anak, ia tidak bermakna mereka tidak peduli kesihatan anak atau menyerahkan semuanya kepada Tuhan. Ia boleh disebabkan kerana adanya rawatan alternatif.

“Saya hormat pandangan Jabatan Kesihatan Perak, tetapi Kementerian Kesihatan atau Majlis Fatwa Kebangsaan pun tidak menjadikan ia mandatori bagi vaksinasi, sekatan kepada krisis kesihatan,” katanya.

Beliau berkata kedua-duanya kementerian dan majlis itu berpendapat vaksinasi itu mesti diambil tetapi tidak menguatkuasakan keperluan vaksinasi.

Sehubungan itu, katanya rancangan Jabatan Kesihatan Perak tidak adil kerana ia mengambil hak ibu bapa untuk membuat keputusan.

Katanya, sebelum jabatan itu menghukum ibu bapa, ia perlu menguatkuasakan vaksinasi kepada semua masyarakat kerana mereka juga mungkin boleh jadi pembawa penyakit.

Sementara itu, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr John Chew berkata rancangan Jabatan Kesihatan Perak itu usaha yang sangat terdesak untuk mengawal jangkitan.
“Jika keadaan memerlukan, kami akan sokong,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, dilaporkan Jabatan Kesihatan Perak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap ibu bapa jika anak mereka yang tidak divaksin dijangkiti penyakit, dan sepatutnya ia boleh dicegah menerusi vaksinasi.

Pengarah jabatan itu, Dr Juita Ghazalie berkata pihaknya sedang melihat kemungkinan mengambil opsyen itu susulan kematian disebabkan difteria dan peningkatan penyanyi berjangkit seperti campak.

Katanya, Perak mungkin menjadi negeri pertama mengambil pendirian tegas itu dan berharap negeri lain akan mempertimbangkan mengambil tindakan saman.

Pautan:

Golongan berpendidikan di Perak antara yang tolak vaksin

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.