Cina pendatang, presiden Isma bayar denda RM2,000

Cina pendatang, presiden Isma bayar denda RM2,000

Ia berkaitan kenyataannya yang menuduh orang Cina bersekongkol dengan penjajah menindas orang Melayu.

Abdullah-Zaik-Abd-Rahman_lawt_600
PETALING JAYA:
Mahkamah Sesyen hari ini mendapati Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman bersalah mengeluarkan kenyataan berhasut dan memerintahkan hukuman denda RM2,000 atau 2 tahun penjara.

Abdullah yang diwakili barisan 3 peguam, memilih untuk membayar denda.

Menurut portal Isma, beliau belum memutuskan sama ada akan mengemukakan rayuan.

Abdullah didapati bersalah di bawah Seskyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1998, selepas laporanb bertajuk “Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British satu bentuk pencerobohan” yang diterbitkan portal Isma, www.ismaweb.net.

Antara lain, laporan itu memetik Abdullah sebagai berkata, penghijrahan kaum Cina ke negara ini pada zaman penjajahan merupakan kesilapan orang Melayu terdahulu yang harus diperbetulkan.

“Siapa yang bagi mereka hak kerakyatan dan kekayaan sehingga hasil pencerobohan mereka dilindungi sampai hari ini?

“Itu semua perbuatan British yang bersekongkol dengan Cina menindas dan membuli orang Melayu,” beliau dipetik berkata dalam laporan yang diterbitkan pada 6 Mei, 2014.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.