Polis tahan lelaki buat kenyataan tahyul terhadap Sultan Johor

Polis tahan lelaki buat kenyataan tahyul terhadap Sultan Johor

Lelaki terbabit ditahan di Pulau Pinang, dipercayai bertanggungjawab membuat kenyataan jelik terhadap Sultan Ibrahim menerusi aplikasi WhatApps.

Free Malaysia Today
JOHOR BAHRU: Polis Johor menahan seorang lelaki di Pulau Pinang semalam kerana dipercayai membuat kenyataan jelik berunsurkan tahyul terhadap Sultan Ibrahim almarhum Sultan Iskandar.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berusia 34 tahun itu ditahan di sebuah apartmen di Jalan Bandar Bayan Baru, Bayan Lepas kira-kira 5.05 petang.

Dia dipercayai merupakan individu yang bertanggungjawab membuat kenyataan jelik terhadap Sultan Ibrahim menerusi aplikasi WhatApps, sebelum satu laporan polis dibuat di sini petang Ahad berhubung perkara berkenaan, katanya.

Hasil tangkapan itu, polis turut merampas dua telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk membuat kenyataan terbabit.

Kes disiasat di bawah Seskyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang jika sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.