
Reman empat hari itu dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah susulan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi, lapor Kosmo.
Memetik sumber, mereka ditahan sekitar 3 hingga 5 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
“Siasatan awal mendapati semua suspek di mana bendahari NGO tersebut juga merupakan pengarah syarikat terbabit disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada 2021 hingga 2023.
“Semua suspek dipercayai mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu berkaitan program sumbangan makanan asas.
“Ia dengan niat untuk mengelirukan pihak NGO tempat pengerusi dan bendahari tersebut berkhidmat sehingga menyebabkan pertubuhan itu membuat pembayaran berjumlah kira-kira RM5 juta,” katanya menurut laporan itu.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Norhaizam Muhammad mengesahkan penahanan terbabit dengan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.