Nawawi, jangan keruhkan keadaan

Nawawi, jangan keruhkan keadaan

Kenyataannya akan meletakkan kedudukan Yang Di Pertuan Agong dalam keadaan serba salah

irwan-fahmi-ideris_nawawi_600
KUALA LUMPUR:
Ketua Wira Perkasa Malaysia Irwan Fahmi Ideris memberitahu kesedian Ahli Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad memohon maaf kepada Yang Dipertuan Agong sekiranya diarahkan berbuat demikian bakal merumitkan keadaan.

Nawawi yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini dengan menulis menurut Perlembagaan Persekutuan “Agong ialah MO1” bertindak memadam status berkenaan selepas itu.

Susulan kejadian itu, Wira Perkasa menghantar satu memorandum kepada Yang Dipertuan Agong menggesa gelaran Datuk yang dianugerahkan pada Nawawi ditarik balik.

“Kenyataannya akan meletakkan kedudukan Yang Di Pertuan Agong dalam keadaan serba salah.

“Jika Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung mengarahkannya berbuat demikian, apa pandangan rakyat terhadap Seri Paduka Baginda atau Institusi Agong itu sendiri?,”soalnya.

Katanya, Nawawi hanya akan memohon maaf walaupun tidak bersalah jika diperintah untuk berbuat demikian.

“Lebih elok sekiranya Nawawi tidak mengeruhkan lagi keadaan berkaitan isu ini. Semua pihak tahu apa yang ditulis olehnya.

“Setelah jadi isu barulah beliau cuba memperbetulkan ayat yang pada awal apa sebenarnya ditulis untuk menutup keterlanjurannya mengenai siapa Malaysian Official 1,”katanya.

Sehubungan itu, Irwan meminta polis melakukan siasatan terhadap apa yang ditulis oleh Nawawi.

“Tidak perlu membodohkan minda orang ramai yang sudah cerdik,”mohonnya kepada Nawawi agar ikhlas memohon maaf kepada Yang Dipertuan Agong.

Terdahulu, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mendesak Nawawi memohon maaf kerana menulis status berkenaan.

Dalam masa sama, Nawawi menjelaskan status kontroversinya mengenai Yang di-Pertuan Agong di media sosial tiada kena mengena dengan saman Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat (AS).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.