Mayat kanak-kanak di Kemensah sah Noor Amila

Mayat kanak-kanak di Kemensah sah Noor Amila

Sumber polis memberitahu mayat ditemui dengan kepalanya terpisah daripada badan.

Nor-Amila-Edrus-Norsham_polis_6001
KUALA LUMPUR:
Mayat kanak-kanak yang ditemukan di kawasan semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang di sini tengah hari tadi disahkan sebagai Noor Amila Edrus Norsham yang hilang sejak minggu lalu.

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Abdul Hamid Mohd Ali kepada media.

Bagaimanapun, beliau berkata pihak polis masih menunggu hasil bedah siasat untuk mengetahui punca kematian kanak-kanak itu.

Susulan penemuan itu, mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Sumber polis memberitahu kanak-kanak tersebut ditemukan dengan kepalanya terpisah daripada badan.

“Sekarang kita sedang tunggu keputusan forensik dan saya tidak boleh dedahkan apa-apa setakat ini, bimbang mengganggu siasatan,” kata Abdul Hamid.

Noor Amila dilaporkan hilang di Jinjang Utara pada Khamis lalu sebelum ditemukan kira-kira 12.30 tengah hari tadi.

Dia dilaporkan hilang selepas pergi ke surau berdekatan kediamannya dan tidak pulang hingga waktu Maghrib.

Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai pertalian keluarga dengan mangsa yang ditahan sebelum ini, membawa polis ke lokasi penemuan itu, kata satu sumber.

Pautan:

Mayat kanak-kanak dipercayai mangsa culik ditemui

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.