Spad bentang pelan transformasi teksi

Spad bentang pelan transformasi teksi

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat mahu memastikan masa depan industri teksi yang mapan, menghadapi persaingan perkhidmatan perkongsian kenderaaan.

SPAD
KUALA LUMPUR:
Suruhanjaya Pengangkutan AWam Darat (Spad) hari ini membentangkan Program Transformasi Industri Teksi (TITO) yang diluluskan Jemaah Menteri minggu lalu.

Menurut Spad, TITP akan menyelesaikan isu struktur yang melanda industri melalui pengenalan reformasi besar-besaran dengan matlamat untuk meratakan lapangan persaingan untuk pemandu, pengusaha dan penumpang.

Reformasi itu dikatakan untuk membuka ruang kepada industri teksi Malaysia berubah kearah masa depan yang mapan, terutamanya dengan kemasukan perkhidmatan perkongsian kenderaan dalam lanskap pengangkutan awam.

Empat prinsip utama TITP adalah membantu industri menggunakan teknologi sebagai daya tuil; memperbaik pendapatan dan kebajikan pemandu teksi; memperbaik kualiti perkhidmatan pemandu teksi; dan rasionalisasi tambang teksi.

TITP akan menyaksikan Spad didayakan oleh kerajaan untuk memperkemas dan mengawal industri teksi melalui penerbitan Kad Pemandu sejenis.

Spad juga akan memansuhkan pembekuan lesen teksi individu untuk kelas teksi bermeter dan kereta sewa. Disamping itu, kerajaan sudah meluluskan geran RM5,000 untuk membantu pemandu teksi keluar daripada model pajak dan membeli kenderaan baharu.

Dalam pada itu, Spad akan perbanyakkan pilihan model kenderaan supaya pemandu teksi boleh mendapatkan kereta pada harga yang kompetitif.

Spad dan Jabatan Pengangkutan Jalan akan membincangkan langkah seterusnya, dan hasil perbincangan itu dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.

Berkenaan keputusan Jemaah Menteri meluluskan Uber dan Grab, Spad akan mengenakan peraturan baharu keatas perkhidmatan perkongsian kenderaan dan pemandu mereka, untuk mewajibkan liputan insuran dan syarat keselamatan dipenuhi.

SPAD

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.