Parti baharu Dr.Mahathir tidak akan beri kesan kepada BN

Parti baharu Dr.Mahathir tidak akan beri kesan kepada BN

Menteri Besar Perak berkata kewujudan parti baharu itu hanya akan menaikkan lagi semangat serta perpaduan di kalangan anggota UMNO dalam memastikan kekuatan parti itu lebih kukuh dan jitu.

Free Malaysia Today
AYER TAWAR:
Penubuhan sebuah parti baharu yang diasaskan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan memberi sebarang kesan kepada Barisan Nasional (BN) terutama semasa pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Menteri Besar Perak berkata sebaliknya, kewujudan parti baharu itu hanya akan menaikkan lagi semangat serta perpaduan di kalangan anggota UMNO dalam memastikan kekuatan parti itu lebih kukuh dan jitu.

“Dalam tradisi parti kita, apabila kita lagi dicabar kebiasaannya kita akan perkukuhkan perpaduan di kalangan kita.

“Dari segi kesan kepada BN atau kedudukan politik tanah air hanya satu sahaja, ia akan menambah sebuah parti baharu di tanah air kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Adun Pasir Panjang Datuk Rashidi Ibrahim di Arena Square di sini, hari ini.

Zambry berkata demikian bagi mengulas pengumuman Dr Mahathir pada 14 Julai lepas bahawa beliau akan menubuhkan parti baharu yang akan menjadi sebahagia komponen pakatan pembangkang bagi menghadapi BN dalam PRU14.

 

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.