Mavcom siasat 2 penerbangan tanpa lesen

Mavcom siasat 2 penerbangan tanpa lesen

Pengguna dinasihatkan tidak menggunakan perkhidmatan Suara Airlines dan Monspace Sky Airlines supaya tidak menghadapi kesulitan dalam perjalanan

mavcom-suasa-airlines-1

PETALING JAYA:
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) sedang menyiasat Suasa Airlines kerana beroperasi secara komersil tanpa Permit Perkhidmatan Udara (ASP).

“Untuk satu entiti kendali perniagaan penerbangan komersil, disyaratkan supaya mempunyai ASP dan Sijil Pengendali Udara (AOC),” kata pihak berkuasa penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Mavcom berkata ia sebelum ini menolak permohonan Suasa Airlines untuk mengendalikan penerbangan komersil dari Kuala Lumpur ke Langkawi pada 22 Julai 2016.

Bagaimanapun, menurut Mavcom, Suasa Airlines membuat penerbangan itu sebagai “penerbangan tunjukcara”.

Sementara itu, Mavcom akan membuat laporan polis terhadap Monspace Sky Airlines kerana memasarkan ia sebagai penerbangan walaupun tidak memiliki ASL atau ASP.

Seksyen 36 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 menyatakan “tiada seorang pun boleh mengusahakan untuk membawa melalui udara atau menggunakan mana-mana pesawat udara bagi membawa penumpang, mel atau kargo untuk sewa atau upah dalam perjalanan tidak berjadual di antara dua tempat atau lebih yang sekurang-kurangnya satu daripada tempat itu berada di Malaysia kecuali dibawah dan mengikut suatu permit perkhidmatan udara yang diberikan oleh Suruhanjaya”.

“Mavcom mahu menegaskan pentingnya mematuhi undang-undang dan peraturan industri, yang menjadi keperluan asas untuk menyertai industri ini.”

Walaupun dilancarkan secara gemilang semalam, Kementerian Pengangkutan memaklumkan pihaknya tidak menyedari Monspace Sky Airline, apabila Menteri Datuk Seri Liow Tiong Lai mendakwa tidak pernah mendengar nama penerbangan itu.

Syarikat itu berkata ia beroperasi daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mavcom menasihatkan pengguna supaya tidak menggunakan perkhidmatan Suara Airlines dan Monspace Sky Airlines supaya tidak menghadapi kesulitan dalam perjalanan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.