Carian MH370 digantung jika tidak dijumpai di kawasan pencarian semasa

Carian MH370 digantung jika tidak dijumpai di kawasan pencarian semasa

Menteri-menteri dari Malaysia, China dan Australia kini berkumpul di Kuala Lumpur untuk membincangkan masa depan pencarian salah satu misteri penerbangan yang terbesar di dunia.

MH370-relatives-angry-over-'ignored'-debris
KUALA LUMPUR: Pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 akan ‘digantung’ jika pesawat itu tidak dijumpai di kawasan pencarian semasa, petik kata kenyataan yang dikeluarkan kepada waris penumpang pesawat tersebut.

Reuters melapor, menteri-menteri dari Malaysia, China dan Australia kini berkumpul di Kuala Lumpur untuk membincangkan masa depan pencarian salah satu misteri penerbangan yang terbesar di dunia.

Menurut kenyataan itu lagi, menteri bersetuju untuk ‘menggantung pencarian’ dan bukan mengakhirinya jika pesawat itu tidak dijumpai di dalam kawasan pencarian semasa serta tiada petunjuk untuk lokasi baharu.

MH370 hilang semasa dalam penerbangan dari ibu negara Malaysia ke Beijing pada Mac 2014, yang membawa 239 orang.

Hampir AS$180 juta telah dibelanjakan untuk carian dalam air yang menjangkau 120,000 km persegi di selatan Lautan Hindi, melibatkan jumlah yang paling mahal dalam sejarah penerbangan.

Carian itu, pada asalnya dijadualkan berakhir pada bulan Jun, tetapi terhalang akibat cuaca buruk.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.