Sehubungan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan kes itu berjaya diselesaikan susulan penahanan lapan suspek di ibu negara dan Perak semalam oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) Bukit Aman serta Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur..
“Syabas STAFFOC dan JSJ KL @PDRMsia selesaikan kes tembak wanita dan anak di OUG, tkap 8 org di KL dan Perak, rampas pistol semlm. #GoPDRMGo,” tulisnya melalui Twitter beliau hari ini.
Menurut laporan Sin Chew Daily, suspek yang ditahan itu terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita Cina, termasuk dalang berbangsa Cina dan penembak upahan berbangsa India.
Sepucuk pistol yang digunakan untuk membunuh mangsa turut dirampas.
Datin Renyce Wong Siew Ling, 32, maut akibat ditembak mati dua lelaki bermotosikal dari jarak dekat di Taman OUG, Jalan Klang Lama kira-kira jam 2.30 petang 6 Julai lalu.
Satu daripada lima das tembakan itu terkena leher mangsa, manakala anak perempuannya berusia 8 tahun yang berada di tempat duduk hadapan penumpang turut cedera dalam kejadian itu.
