
Menurut laporan itu, warga Malaysia, Chung, 28, pernah menunggang kuda di Singapore Turf Club (STC) awal tahun ini.
Portal berita itu berkata STC pada Rabu merakamkan ucapan takziah kepada keluarganya yang sedang berkabung atas kematian empat ahli keluarga mereka.
Wah Thong, yang memenangi 30 perlumbaan termasuk Piala Emas Selangor dalam Kumpulan 1 Malaysia tahun lepas, berhijrah ke Singapura pada Januari dan mengikat kontrak dengan jurulatih Singapura Leslie Khoo, kata laporan itu.
“Tidak masuk akal kehilangan anak lelakinya dan ibunya…ia amat tidak berperikemanusiaan. WT (Wah Thong) seorang yang pendiam dan gigih bekerja,” Khoo dipetik sebagai berkata.
Selain Wah Thong, tiga ahli keluarganya juga ditembak mati di sebuah kilang pemprosesan ayam di kawasan perindustrian Batu Maung di Pulau Pinang awal pagi Rabu.
Mangsa dikenal pasti sebagai Tan Hock Choon, 50, pasangannya, Tan Saw Sim, 55, dan anak lelaki Chung, berusia dua tahun bernama Ah Bee.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Razaruddin Hussain berkata berdasarkan siasatan awal siasatan, tindakan itu dilakukan oleh saudara terdekat.