Pemandu bas terbabas dipuji selamatkan nyawa

Pemandu bas terbabas dipuji selamatkan nyawa

Pemandu utama bas itu berkata pembantu pemandu yang memandu kenderaan berkenaan ketika kejadian, mengambil tindakan tepat mengikut keadaan.

Bus-Menora-tunnel
PETALING JAYA: Pemandu bas yang merempuh 10 kenderaan berhampiran Terowong Menora di Lebuh raya Utara-Selatan pada Ahad, dipuji kerana menyelamatkan nyawa orang lain.

Zakaria Ahmad, pemandu utama bas ekspres itu dipetik akhbar The Star sebagai berkata kemalangan itu mungkin jadi lebih teruk jika rakan pemandunya yang berusia 51 tahun itu tidak menggunakan gear rendah, atau memandu di celah kereta lain.

Zakaria berkata brek bas itu rosak dan tindakan menarik brek dalam situasi seperti itu boleh menyebabkan akibat lebih buruk.

“Apa yang dia boleh buat ialah memperlahankan bas dengan menggunakan gear rendah,” katanya kepada wartawan di luar ibu pejabat polis Ipoh semalam.

Zakaria memandu bas itu dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang pada Sabtu malam, dan pembantu pemandu berkenaan mengendalikan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, pada Ahad ketika kejadian itu berlaku kira-kira jam 2.45 petang di KM KM265.8 Lebuhraya Utara-Selatan.

Beliau yang tidur dalam bas ketika kemalangan itu berlaku berkata kenderaan berkenaan sudah diperiksa sebelum perjalanan dimulakan dan mendapati tiada kerosakan.

Polis mengesahkan lelaki itu, yang kini ditahan reman empat hari, diuji negatif dadah dan brek bas berkenaan memang rosak.

Pemandu berkenaan juga dilaporkan mempunyai sembilan saman trafik tertunggak, sementara bas itu ada 63 saman bagi pelbagai kesalahan trafik.

Pautan berita: Pemandu bas rempuh 10 kereta direman 4 hari

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.