
“Bila masuk penjara, penjara ini maksudnya dilaranglah. Dia tak ada kebebasan dan sebagainya.
“Soal nak sentuh semua ini apa masalahnya. Bila masuk penjara, anda (banduan) hilang kebebasan,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan PKR yang mempersoalkan peraturan Jabatan Penjara melarang banduan bersentuhan dan berkomunikasi secara terus dengan ahli keluarga yang melawat mereka di penjara.
Nur Jazlan yang juga ahli Parlimen Pulai berkata sistem penjara di Amerika Syarikat juga tidak seragam berhubung isu banduan dibenarkan bersentuhan dan berkomunikasi secara terus dengan ahli keluarga yang melawat di penjara.
“Amerika tak boleh, dia tak seragam. Ada sesetengah penjara hanya boleh jumpa secara berpandangan cermin saja,” katanya.
Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran daripada PKR berkata menafikan sentuhan fizikal di antara banduan dan ahli keluarga mereka merupakan sesuatu yang tidak wajar, keras dan menyebabkan trauma psikologi.
Surendran yang juga seorang peguam berkata Malaysia perlu mencontohi sistem penjara di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia yang membenarkan hubungan terus ahli keluarga yang melawat banduan.
Pautan berita: Surendran: Mengapa larang banduan bersentuhan dengan keluarga?