Pemeriksaan di Singapura diperketat ekoran serangan berdarah di Istanbul

Pemeriksaan di Singapura diperketat ekoran serangan berdarah di Istanbul

Serangan itu ialah peringatan ngeri tentang realiti pengganasan yang mengancam dunia, kata perdana menteri republik itu.

Lee-Hsien-Loong

SINGAPURA:
Susulan serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk pada malam Selasa lalu, pemimpin Singapura menggesa rakyatnya berjaga-jaga.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata serangan itu ialah peringatan ngeri tentang realiti pengganasan yang mengancam dunia, lapor Mediacorp.

“Singapura mesti sentiasa berjaga-jaga dengan memikirkan persoalannya adalah bila dan bukan jika serangan sebegitu berlaku di negara kita,” katanya menerusi satu catatan di Facebook petang semalam.

Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong pula berkata serangan sebegitu boleh berlaku di mana-mana saja termasuk Singapura.

“Kita tidak boleh ambil sambil lewa dan terus berjaga-jaga pada setiap masa,” katanya.

Sementara itu, pemeriksaan dan rondaan di pusat pemeriksaan udara, darat dan laut serta terminal pengangkutan penting di Singapura dipertingkatkan susulan serangan di Istanbul semalam, menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) republik itu.

Mediacorp melaporkan MHA berkata pihaknya akan menyelaraskan pendekatan keselamatan ancaman sekitar tetapi ti

Menjawab soalan media, jurucakap MHA berkata: “Kami akan menyelaraskan pendekatan keselamatan menurut ancaman sekitaran.”

Serangan di lapangan terbang itu meragut sekurang-kurangnya 41 nyawa dan mencederakan lebih 200 yang lain.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.