Sebaliknya, pertubuhan hak Melayu itu mahu Khazanah melantik seorang Bumiputera menggantikan Mueller.
Ia susulan kenyataan Mueller baru-baru ini yang mendakwa penamatan khidmat kira-kira 6,000 kakitangan syarikat penerbangan itu adalah kerana tidak mempunyai sebarang kerja dan tidur ketika waktu kerja.
“Kenyataan tersebut amat memalukan rakyat Malaysia dan boleh menjejaskan nama baik serta ekonomi negara yang diiktiraf oleh Daya Saing Global 2014-2015, sebagai salah sebuah negara yang cemerlang, dan berada di tangga ke-20 mengatasi banyak negara maju seperti Austria, Australia, Perancis dan Korea Selatan,” kata Pengerusi Biro Ekonomi Perkasa, Datuk Ruhanie Ahmad.
Ruhanie juga menuntut penyingkiran seluruh ahli Lembaga Pengarah MAB, dan berkata mereka perlu bertanggungjawab daripada kegagalan pelan pemulihan MAS walaupun sejumlah wang yang besar diperuntukkan.
April lalu, Mueller dilaporkan akan menamatkan tugasnya dengan MAB lebih awal daripada kontrak tiga tahunnya berakhir.
Mueller juga dijangka akan kekal berkhidmat dalam tempoh notis enam bulan hingga September 2016.